Saturday 17 January 2015

Novel : Kembalikan Cintaku

Kembalikan CintakuKembalikan Cintaku by Norhayati Berahim
My rating: 4 of 5 stars

Ini novel ke3 Cik Pah marathon nukilan Norhayati Berahim dalam 1 bulan. Tidak jemu langsung sebab penulis mempelbagaikan watak dan plot. Cakap terbalik atau tersasul yang penulis suntik juga boleh menghilangkan stress saat ada konflik, suka dengan hubungan persahabatan Nisak dan Wardina.

Zafrul , bukan hero dihati pembaca kot. Yang terlintas dihati Cik Pah, mungkin Zhafran yang bakal mengubati luka dihati Wardina apabila Zafrul meninggalkan isterinya Wardina yang baru beberapa bulan dinikahi. Dia anak ayah. Apa kata ayah dituruti. Kalah dengan tarikan duniawi, harta, pangkat, isteri di Jerman ditinggalkan tanpa sebarang berita. Tapi malangnya, walaupun 2 kali berkahwin, Zafrul masih mengingati Wardina. Wanita yang membimbing dia berubah menjadi baik.

Wardina membawa diri. Berhijrah dari negara ke satu negara meluaskan pengalaman dan kerjaya. Dalam tempoh 8 tahun berdikari, dia menjadi usahawan muda yang berjaya. Melalui perniagaan juga dia bertemu semula dengan bekas ibu mertua dan pertemuan itu bakal merobek kembali luka lamanya. Walau bagaimanapun komplot bekas ibu mertua, Nisak dan Kak Mah memberi peluang kepada Zafrul menebus segala kesilapannya.

Sungguh insaf kisah Tan Sri Jalal menemui ajalnya seperti menonton kisah Tanah Kubur. Lelaki ini bongkak semasa hayat. Semua larangan Allah dilanggar. Padahnya dia mati tanpa sempat bertaubat.




View all my reviews

Thursday 15 January 2015

Novel : Harum Chempaka

Harum ChempakaHarum Chempaka by Norhayati Berahim
My rating: 4 of 5 stars

Ramai yang 'gila' dalam tak sedar. Tetapi kebaikan pastinya mengatasi keburukan.

Pak Hassan - suami kepada makcik Kejora, bapa Chempaka sanggup bermain cinta dengan Mak Usu adik makcik Kejora. Lelaki pemalas, tahu nak minta duit kat isteri sahaja. Nak kahwinkan anak sendiri pun minta dibayar RM10k. Sampai kesudah Pak Hassan tak insaf

Aida - rakan sebilik Chempaka disekolah menengah yang mengejar Andrian dan menolak huluran salam dari Sheikh Adli yang juga sahabat Chempaka. Ada saja tutur kata yang menyakitkan hati. Ceritanya hilang sebentar sewaktu Chempaka menganjak dewasa dan muncul kembali dengan membawa cemburu dan dendam untuk melenyapkan Chempaka

Meriam - rakan perniagaan Chempaka. Gila shopping selepas 2 kali gagal dalam perkahwinan.

Sheikh Adli - hahahaha gelak dahulu untuk watak ini kerana lelaki ini kuat cemburu rupanya sesuai dengan persepsi orang tentang lelaki berdada karpet. Sahabat Chempaka yang sering muncul depan Chempaka walaupun kehadiran dia tidak dinanti. Chempaka terpaksa tadah telinga mendengar keluh kesah Adli yang sering bertukar pasangan. Psycho pun juga, mengutuk Chempaka seolah-olah Chempaka perempuan yang tiada nilai dan tidak ada lelaki yang mahu. Apabila Andrian muncul, baru dia sedar yang sebenarnya dia sayangkan Chempaka. Takut dengan watak lelaki seperti ini, apatah lagi cubaan dia mencabul Chempaka dan membuat superimpose yang menjijikkan dilihat seperti seorang orang gila (obsess)

Andrian - pustakawan yang meminjamkan RM2.80 untuk Chempaka membayar denda lewat pulangkan buku. Hubungan mereka sekejap sahaja tetapi cukup bermakna buat Andrian kerana Chempaka menyimpan rahsia dia yang menyelinap keluar asrama. Tetapi kerana insiden disengat lipan, mereka difitnah membuat perkara tidak senonoh dibelakang setor. Namun Chempaka diamkan sahaja walaupun nama mereka dijaja membuat Andrain kasih terhadap Chempaka. Pertemuan semula mereka selepas beberapa belas tahun tidak berjumpa membuat Andrian terus ingin mengikat hati Chempaka.

Chempaka - dalam hati Cik Pah, ada ker watak sebaik ini ? Tidak prejudis dan tak ada sekelumit pun di hati dia untuk memburukkan orang lain. Sentiasa husnuzon.



View all my reviews

Tuesday 13 January 2015

Novel : Biarkan Aku Menangis

Biarkan Aku MenangisBiarkan Aku Menangis by Norhayati Berahim
My rating: 3 of 5 stars

Pada Cik Pah kisah ini seperti gabungan kisah bermadu dan ibu mertua yang mati hatinya daripada novel Aku Turut Bahagia dan Tolong Cari Suamiku .

Poligami kali ini adalah disebabkan topik anak. Sarah isteri yang dicintai Amrin tidak mengandung-ngandung walaupun bertahun telah berkahwin. Asalnya Amrin memang tak nak berkahwin dua, tapi desakan ibunya yang mengugut untuk menghancurkan rumahtangganya bersama Sarah, dia paksa rela berkahwin dengan Ustazah Kartika. Tiada rasa untuk isteri muda, yang terbayang di mata hanya Sarah. Tetapi apabila Kartika disahkan mengandung, Amrin mula berubah. Rasa nak lempang jek Amrin sebab dungu, kena pula mak mertua yang macam jelmaan hantu raya dengan Sarah, lagi suka la Kartika nak bolot hak Sarah.

Tapi tak sangka pula, kandungan yang disangkakan zuriatnya tu merupakan penyakit yang memudaratkan Kartika. Geram dan sakit hati kesalahan diletakkan di bahu Dr Sarah apabila Sarah maklumkan tentang penyakit Kartika. Lagi dahsyat rahsia lama Kartika terbongkar, terduduk Amrin ingatkan Kartika anak dara masa dinikahi.

Amrin , hai la... lepas terduduk, tertiarap kot lepas tau semua masalah bukan disebabkan Sarah, tapi diri dia sendiri. Nak nyorok muka kat mana? Ego tak kena tempat. Akhirnya kena batang hidung sendiri.

Apa-apa pun ada pengakhiran yang baik untuk Dr Sarah yang baik hati.

View all my reviews

Sunday 11 January 2015

Novel : Bimbo

BimboBimbo by Rin Ahmad
My rating: 5 of 5 stars

1. What do you think about all day?
2. What occupies your mind most of the day?
3. What do you think about while praying?
4. What is distracting you while praying?
5. What is the first thing you think about when you wake up in the morning?
6. What is the last thing you think about when you sleep?
7. What keeps you awake at night?
8. What makes you cry?
9. What are you most afraid of losing?
10. What makes you most angry?
11. What causes you the most pain in your life?

Jawapan jujur Dani Ikram dalam buku cacatan dia buat Cik Pah mengalirkan air mata dalam tak sedar. Sakit fizikal dan sakit emosi yang dia alami serentak bukan calang2 tanpa iman yang kuat. Muka hensem habis herot macam alien penangan Bells Palsy. Dia beruntung disaat Allah uji dia dengan sakit itu Dani dikelilingi ahli keluarga yang supportive. Namun untuk dipadam api dendam yang membara di hati Elsuraya bukan mudah. Hanya masa yang diberi untuk mendewasakan orang yang dicintainya menerima takdir menjadi yatim piatu pada usia remaja.

Bukan dia lelaki yang tidak bertanggungjawab tapi kisah sebenar disebalik kematian ibu bapa Elsuraya tiada langsung dalam radar pengetahuan Dani. Insiden kemalangan ini turut menjadi teka teki sepanjang pembacaan. Buat Cik Pah berdebar2 nak tahu kisah disebaliknya. Yang tahu Azad adalah lelaki yang Elsuraya cukup benci dan dendamnya bertahun-tahun tak padam. Namun jika Azad tak bersalah tapi Dani yang patut dipersalahkan, adakah dendam akan terlerai dilautan kasih?

El : Jangan cepat sangat
Dani : Jangan serius sangat
El : Jangan yakin sangat
Dani : Jangan jual mahal sangat
El : I'm a bimbo. Remember?
Dani : I love bimbo

If you dont want to be forgotten as soon as you are dead, either write things that are worth reading or do things that are worth writing - Benjamin Franklin

I don't need a girlfriend. That was before. I need a girlfriend. This is now. I found one. I drew my heart next to her name.

Itu sebab lambang love dilukis di pelan Elsuraya buat si gadis hangin satu badan. Stage 1 yang berkelajuan 300km/jam

Ya tayyiba Ya tayyiba terngiang-ngiang ditelinga. Alhamdulillah. Rasa bertuah pernah menjejakkan kaki ke tanah haram dan insya Allah akan mengunjungnya kembali. Sebuah kisah penuh falsafah hidup untuk direnung dan diulang baca :)

KL-Manjung-Teluk Batik-Damai Laut-Jepun-Seoul-Brunei-Jeddah-Mekkah-Madinah-Dubai

If we are capable to love unconditionally, we are able to live happily and with grateful.

JJCM RA buat bertambah lah list makanan yang Cik Pah nak cuba, punah program diet atkins ku, cheat day tak habis-habis. Kata Mai, Cik Pah boleh pusing keliling apartment 8 kali. Kata Cik Pah, kipas angin saja yang berpusing okey. ;P


Tamat pada jam 11.59 pm

P/S: Elsuraya (bunyi sama ejaan lain sikit) yang Cik Pah kenal pun cantik macam Taylor Swift seperti yang Dani gambarkan. Bukan bimbo. Beauty with brain. Taken :)

View all my reviews