Wednesday 30 April 2014

Novel : Nyanyian Hati

Nyanyian Hati Nyanyian Hati by Rodier
My rating: 4 of 5 stars



2 tahun memendam rasa, akhirnya Danny mendapat izin dari abang sulung gadis pujaan hati untuk bersua muka. Bukannya tak dapat restu, tapi si gadis masih belajar. Jadinya abang long tak nak si adik bercintan cintun waktu belajar. Nasib baik juga Si Ainul Raudhah tak de sesiapa yang boleh diisytihar sebagai boyfriend kecuali secret admirer yang berlalu begitu sahaja dalam hidupnya di zaman belajar. Best kan ada abang kandung. Boleh jaga adik. Hubungan adik abang yang dipotretkan sungguh akrab. Jelesnyaaa.

Gambar yang tersenyum teghesin sampai nampak semua gigi tu juga yang Danny suka. Ain, fotogenik dan unik dalam kategorinya yang tersendiri. Ain yang tak pernah bercinta pula agak terkejut dengan pengakuan Danny. Hatinya yang tak pernah diserahkan kepada sesiapa agak berat dan takut untuk lalui zon percintaan. Mereka bermula sebagai kawan dan Danny dengan sabar meledani Ain sehinggalah Ain selesa dengan kehadirannya. Gentleman kan. Tak de paksaan. Apa yang Ain rasa tu dikisahkan dengan begitu baik oleh penulis. Itu yang semua orang rasa kot masa mula belajar dunia yang satu tu. Takut untuk menyerah hati. Takut tersalah letak. Kisah ini seperti gubahan banmal song


Berkongsi minat dan hobi yang sama. Satu kebetulan? Aha teringat lagi couple Yongseo semasa Ain dan Danny gubah lirik Ashes of life. (Asyik2 couple tu je Cik Pah bagi contoh. Haha. Bukannya tak de couple lain, yang tu je Cik Pah layan sebelum pelan-pelan meninggalkan  aktiviti menghadap KDrama/Variety Show). Sweet couple. Lirik yang Danny buat dibantu Ain mengingatkan pasal kematian. Seperti memberi hint masanya telah tiba. Danny, umurnya tidak panjang. Masih banyak impian yang tidak tertunai termasuk menjadi imam buat Ain. Sedih sekali. 

Kredit: floristwork
Kredit : Floristworks


Lily and pink roses tak sempat diserahkan kepada Ain bersama sebentuk cincin untuk melamar Ain. Danny cedera parah dilanggar mat rempit.

Tapi pemergian Danny menyedarkan orang yang ditinggalkan. Mendekatkan diri kepada Allah. Keinsafan yang dipertaruhkan dengan pemergian Danny. Iskandar, sahabat dan abang angkat yang ditinggalkan amanah untuk menjaga Ain adalah orang yang turut menyimpan perasaan terhadap Ain. Ain yang cuba move on akhirnya menerima perkahwinan dengan Iskandar, lelaki yang dia kenali sebagai Ken dan lelaki yang sering berperang mulut dengan dia sewaktu Danny masih hidup. Red gelaran buat Ain dari jejaka yang tak kurang nakalnya, romantiknya, caring, kacak seperti Danny. Bahagiakah perkahwinan tanpa rasa cinta?

Banyak falsafah, hadis, terjemahan Al-Quran , lirik lagu tentang kehidupan, kematian, percintaan yang dikongsikan dlm novel ini. Menarik dalam mengingat dan mendidik jiwa pembaca.

Lepas ni nak baca Cooper-K . Cooper & Mia adik kepada Ken yang ceria.

P/s: Ganu, dlm kenangan. Novel ini sesedap rasa maggie ketam Kuala Dungun, yummy :)

Tuesday 29 April 2014

Novel : Sutera Bidadari (Laksamana Sunan , #5)

Sutera Bidadari (Bagaikan Puteri, #5)Sutera Bidadari by Ramlee Awang Murshid
My rating: 5 of 5 stars



Membaca novel ke 5 siri Sunan ini perlukan fokus yang lebih kerana banyak watak baru wujud. Ada kalanya buku ini menghempap muka Cik Pah bila dibaca sambil berbaring. Bunyinya macam bosan ek, oh tidak... bukan sebab bosan, minggu itu Cik Pah tercabar untuk beradu di alam tidak berdinding selepas penat seharian dipejabat. Bila baca dalam keadaan penat, otak tepu, nama Saifudin dan Saifullah juga boleh membuat Cik Pah konfius. 2 nama ini hebat-hebat belaka.

Imbas kembali kisah sebelumnya, Sunan telah ditembak semasa bertempur dengan Portugis bersama sekutunya taghut sehingga nyawa Sunan hampir terancam. Dek mendapat luka yang parah, Hang Tuah telah membawa Saifudin ke dalam tasik Chini yang dikawal naga pemberian Maharaja China.

Kisah selanjutnya, jom ikuti kisah Saifudin yang telah mengalahkan taghut, kembali menjejaki semula taghut yang melarikan diri ke negeri diatas angin. Setelah 6 purnama hilang di dalam tasik yang dikawal naga, Saifudin yang dirawat Hang Tuah pulih kembali bagi meneruskan pelayaran yang menguja dan mencabar. Dalam tempoh 6 purnama itu juga, Sunan diundang ke alam tidak berdinding, sentiasa dirayu Sang Dewi. Namun Sunan tidak endahkan rayuan Sang Dewi kerana dia beranggapan Sang Dewi adalah siluman. Misteri Sang Dewi akan terungkai diakhir cerita Sutera Bidadari ini. Pastinya sesuatu yang menarik untuk mengajak pembaca merungkai misteri alam tidak berdinding.

Dalam novel ini tidak ketinggalan tentang 2 watak wanita yang masih mencuba nasib untuk merebut perhatian dan hati Sunan iaitu Maryam balu berbangsa Portugis dan Luna dari bangsa Polip. Masing-masing hanya mampu memendam rasa kerana Sunan tidak memberikan sebarang jawapan menyambut hati mereka. Bagi Sunan cinta buat Ratna masih utuh. Hanya Haryani di abad 21 sahaja wanita yang hampir menjadi suri buat Sunan selepas kematian Ratna, namun disebabkan relung masa dan peluru yang menembus tubuh Sunan membuatkan Sunan dapat kembali ke abad 15.

Raja Roman aka taghut di negeri atas angin telah menghidu kedatangan Sunan. Dia yang telah kematian permaisuri telah berdendam dan tidak teragak-agak untuk mengakhiri nyawa Sunan dengan kudrat yang ada setelah kuasa saktinya ditarik kembali Sang Petala. Kuasa Tuhan tak siapa dapat jangka, Raja Roman yang paling jahat dan kejam akhirnya menerima Islam setelah bersemuka dengan Sunan. Rasa sebak semasa pengislaman dan saat kematian Raja Roman dengan nama barunya Abdullah Sadik. Buat pertama kalinya siri Sunan ini berjaya membuat Cik Pah mengalir air mata dan muhasabah diri. Jangan mudah menghukum orang ini masuk syurga, orang itu masuk neraka kerana pengakhiran kehidupan seseorang itu Allah yang tentukan. Sesuatu kejadian itu ada sebab dan akibatnya untuk diambil iktibar. Sang Petala aka iblis memang telah berjanji untuk menyesatkan manusia. Apabila orang suruhannya kalah, dia akan cuci tangan dan yang menerima akibatnya adalah manusia itu sendiri. Jika dilihat kepada siri sebelumnya sehingga siri ke 5 yang turut memuatkan kisah drakula, semua kerosakan dan kejahatan yang manusia lakukan adalah kerana ingin menguasai dunia, pangkat, harta dan dendam kesumat.

Makanya untuk menghindari jiwa dikuasai dunia, sentiasalah basahkan lidah dengan berzikir dan bertahajud sepertiga malam. Satu amalan yang Sunan buat adalah sentiasa mengalunkan Asmaulhusna. Jiwa manusia akan selamat dengan sentiasa ingat Allah. Sunan bukan sekadar kisah fantasi tapi mendidik jiwa.

View all my reviews

Friday 25 April 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

Hari ni ambil cuti semata-mata nak shopping buku kat PBAKL. Bukannya tak boleh tunggu Sabtu/Ahad, ramai orang kot weekend tambah2 lagi orang dapat gaji. Lagipun dah lama tak ambik cuti, makanya Cik Pah, adik sepupu dan rakan GR (Mai) pi PWTC untuk dapatkan buku. Tadaaa hasil tangkapan untuk hari ini untuk stok setahun. Hajat dihati nak pegi lagi.


Wednesday 16 April 2014

Novel: Guy Next Door



Guy Next DoorGuy Next Door by Rose Harissa
My rating: 3 of 5 stars

Cerita yg aloaloalo kutikutikuti grrr meowww comel sungguh watak hero heroin dlm GND. Kerjaya si Adam juga membuat pembaca teruja nak explore dunia animator. Diserikan juga watak mak Cik Umi, mak yang kelakar. Dah ok sangat jalan ceritanya tapi.....




Gambar ni diambil dari blog Rose Harissa. Comelkan
View all my reviews

Sunday 13 April 2014

Novel : Dihatiku Ada Kamu

Di Hatiku Ada KamuDi Hatiku Ada Kamu by Rinsya Chasiani
My rating: 4 of 5 stars

Sewaktu melayari kisah Rian dan Adif, beberapa kali Cik Pah terpaksa mengesat air mata... Sedih bercampur geram silih berganti. Ketat dan sesak dada memikirkan Adif sanggup membalas dendam pada bapa & mak mertua sendiri walaupun dia dah betul-betul cintakan Rian. Sanggup juga ugut untuk mendera Rian seandainya saham syarikat tidak diserahkan dan macam-macam ugutan lain yang menyebabkan papa dan mama Rian terpaksa berdiam diri sedangkan Rian bahagia disamping Adif sepanjang tempoh perkahwinan 5 bulan. Rian yang tidak tahu apa-apa agenda Adif juga turut tandatangan surat perjanjian mengenai masa depan anak-anak mereka sewaktu mereka berbulan madu. Memang licik betul si peguam ni. Tanpa Rian sedari, surat perjanjian itulah bakal mengikat Rian yang mungkir janji meninggalkan Adif apabila sisi gelap Adif terbongkar.

Nak benci terus ker pada Adif? Misteri, licik, muka tembok, kayu, sengal sampai Rian gelar Adif anak hantu. Ada sesuatu yang berlaku kepada keluarga Adif. Nak tau apa kisah disebalik dendam Adif tu? Bacalah. Bijak penulis mengharu-birukan perasaan pembaca :) 


Kredit : Mai

Novel : Cinta Kalut

Cinta KalutCinta Kalut by Faten Anur
My rating: 4 of 5 stars

Cinta kalut yang ceritanya juga kalut. Macam-macam ada dikisahkan. Cinta, sahabat, kekeluargaan, seram, sihir, psycho, kongsi gelap, kasanova semua ada.

Rina dan Mazlinda dua beradik yang tidak seteru. Salah Rina pada mulanya menaruh hati terhadap abang iparnya. Pada usia 17 tahun, buat pertama kalinya hati Rina terpaut kepada seorang lelaki semasa Kak Lin mula memperkenalkan Hamidi kepada keluarga. Itu kisah 6 tahun yang lalu. Apabila dia dah tamat pengajian dan ditawarkan bekerja di KL, Rina dipaksa keluarga menumpang rumah Kak Lin. Dengan berat hati dia terpaksa berhadapan dengan abang ipar dengan rasa hati yang masih bersisa. Silap Kak Lin mengkhabarkan rahsia hati Rina kepada suaminya. Lama kelamaan Hamidi turut berimpian memiliki Rina, adik ipar sendiri.

Malangnya/nasib baik Rina telah terbuka hati menerima Mukhriz yang mempunyai anak lelaki (Aidil) yang tidak diketahui taraf sahnya. Dek kerana perasaan cinta yang tidak berbalas, Hamidi menjadi tidak waras dan baran. Mazlinda dipukul, diherdik dan akhirnya dijatuhkan talak 3.

Rahsia kewujudan ibu Aidil (Julia) akan mengembangkan plot kisah selanjutnya. Julia meninggalkan Aidil yang masih kecil kerana terpikat dengan Azrul, si kasanova. Anak itulah dijaga Mukhriz, adik kandung yang sanggup berkorban masa bujangnya demi anak saudara yang dikasihi. Apabila Julia tidak mampu memberikan kemewahan kepada Azrul, Julia ditinggalkan. Rasa bencinya meluap apabila berjauhan tetapi apabila Azrul dihadapannya, Julia lembut hati dek penangan ubat guna-guna dan amalan khurafat ibu Azrul yang bersekongkol dengan anaknya . Lama-kelamaan sahabat Julia mula mengesan perubahan Julia dan menyarankan Julia mendekatkan diri kepada Allah. Perubahan Julia, telah memberi kesan kepada sumber kewangan Azrul, apatah lagi Azrul telah membuang lubuk emasnya Suzie yang telah menghidu kecurangannya. Akhirnya Suzie yang juga menjadi mangsa Azrul bertindak membalas dendam tanpa Azrul ketahui Suzie adalah ketua kongsi gelap yang merupakan majikan kekasih hati Zuliani, sahabat Rina.

Banyak watak antagonis dalam cinta kalut sehingga Cik Pah tak dapat teka apa yang akan berlaku kepada sesuatu watak. Kalut!

View all my reviews

Wednesday 9 April 2014

Novel : Dari Tanjung Malim Ke KLCC

Dari Tanjung Malim ke KLCC

My rating: 3 of 5 stars

Ok buku kecik ni ditag sebagai koleksi peribadi walaupun sebenarnya ia milik En H. Apa je hak milik En H adalah juga hak milik Cik Pah. Tak kira!

Mmg tak kering gusi baca catatan Fdaus. Ada juga cacatan beliau yang biasa 'budak kampung' seperti Cik Pah alami akan terimbau kembali semasa menyelak blook ini. Yang bagusnya, kenangan Fdaus diterjemahkan dalam bentuk tulisan untuk tatapan anak cucu kendian hari manakala kenangan Cik Pah dah terakam di memori yang paling jauh untuk digeledah. Sekejap tenggelam, sekejap timbul. Ada juga yang tak timbul-timbul dah. Ada juga yang cuba dikambus dan buat-buat lupa.

Sebabnya Cik Pah suka genre percintaan, kekeluargaan dan persahabatan, jdnya kisah beliau dgn Cikgu Kuala Kubu dan keletah Fateem lebih menarik hati. Family yang chomel. Semoga kekal bahagia dunia akhir disamping anak-anak. Jangan nakal-nakal naaa. Ramai kot penyokong Cikgu Kuala Kubu hehehe


View all my reviews

Novel : Cinta Sufi (Laksamana Sunan , #4)

Cinta Sufi (Bagaikan Puteri, #4)Cinta Sufi by Ramlee Awang Murshid
My rating: 5 of 5 stars

Cinta sufi...sungguh luar biasa

Sunan sakit, kesiannya... Balik dari kurun 21 dia seolah-olah hilang kudrat dan tenaga kepahlawanan. Hanya iman sahaja makin bertambah atas ujian sebagai hambaNya


Sewaktu Sunan tiada kudrat itulah, Melaka ditawan penjajah Portugis. Pemergian Alfonso De Albuquerque itu turut diekori nakhoda Kapten Leandro dan Aloisio yang turut membawa balu bangsawan Catalina. Ada sesuatu yang dicari Catalina yang menyimpang dari tujuan asal bangsa penjajah itu. Catalina yang kematian suaminya, Aryas Do Lopo telah beberapa kali bermimpi bertemu wanita bernama Maryam di taman yang indah. Disebabkan mimpi itu, Catalina ingin ke Tanah Melayu mencari lelaki bertanduk dua yang bakal nenemukan dia dengan Maryam. Dengan tipu helah taraf bangsawan yang dimiliki, Catalina berjaya menyertai ekspedisi pelayaran ke Tanah Melayu ditemani penjaganya Renata. Ada sesuatu yang menarik tentang Maryam yang perlu dirungkaikan oleh Catalina dan membuat pembaca tidak mahu melepaskan Cinta Suci.

Akhirnya bertemu juga Catalina dengan Sunan yang dikatakan bertanjuk dua itu yang merujuk kepada 2 urat kepala yang timbul di dahi. Sunan yang pengsan di persisiran pantai di jadikan hamba sahaya dan dikurung. Perhatian berlebihan Catalina terhadap Sunan telah menimbulkan rasa tidak puas hati di hati Leandro. Dek kerana memandang hina terhadap orang Melayu dan cemburu, komplot untuk membunuh Sunan dirancang semasa mereka berarak ke Hulu Melaka.

Dalam pada penduduk Melaka takutkan peluru dan meriam Portugis, Melaka turut diserang hantu penghisap darah. Rupa-rupanya taghut yang menjelma sebagai Pangeran Garitno telah memberi talian hayat kepada Puteri Kober Gandring yang sakit ditikam Sunan. Sebagai galang ganti, PKG menjadi pontianak dan hamba suruhan taghut. Mereka yang berdendam dengan Sunan telah membunuh dan menghisap darah penduduk kampung, dengan harapan Sunan mampir. Malangnya bayangan Sunan langsung tidak kelihatan sehinggalah bertembung dengan rombongan Catalina. Pertempuran berlaku antara manusia dengan pontianak. Sunan yang hilang kudrat tidak mampu mempertahankan diri. Semasa waktu meruncing itulah, Sunan diselamatkan bangsa bersayap, Polip. Sunan diterbangkan ke tempat persembunyian mereka. Dirawat dan dijaga sehingga Sunan pulih kembali. Sunan yang dikagumi bangsa Polip itu, dalam diam dicintai menantu Thariq, ketua Polip iaitu Luna yang telah ribuan tahun kematian suami. Tanpa Sunan ketahui, Luna telah lama mengikuti perkembangan Sunan semenjak dia remaja lagi sewaktu membawa diri dari Punggor ke Tanah Rencong. Namun malangnya kasih Luna dihalang bapa mertuanya yang melarang bangsa mereka mengahwini manusia. Manusia adalah bangsa yang suka berperang. Anaknya Munik juga mati akibat berperang dengan manusia, Pangeran Garitno yang dahulunya adalah Raja Roman yang suka berperang dan menjajah negara yang ditemuinya.

Kisah cinta sufi ini lagi mencabar kerana memuatkan perang Pahlawan Melaka dengan Portugis dan makhluk penghisap darah. Hang Tuah , Hang Lekiu, Panglima Awang Bagan diangkat menjadi hero melawan musuh Kesultanan Melaka dan Sunan penghapus manusia pengikut syaitan. Kemunculan dua wanita yang terpikat dengan Sunan adalah penyeri kisah kepada lelaki sedih dari Tanah Rencong yang cintanya kepada Allah melebihi cintanya kepada dunia.

View all my reviews

Novel : Hijab Sang Pencinta (Laksamana Sunan , #3)

Hijab Sang Pencinta (Bagaikan Puteri, #3)Hijab Sang Pencinta by Ramlee Awang Murshid
My rating: 5 of 5 stars

Kali ini RAM membawa kita mengembara bersama Sunan yang ingin pulang ke kampung halaman untuk berbakti kepada orang tua. Dalam perjalanannya, Sunan bakal berdepan dengan Manggala, manusia serigala, khunsa dari Banjaran Tibet yang bersekutu dengan taghut. Siangnya lelaki dan malamnya menjadi wanita dan pabila bulan penuh dia akan bertukar menjadi serigala. Manakala di abad 21 Manggala yang mati dibunuh Sunan pada abad 15 akan dibangkitkan semula. Mempunyai pengikut yang ditawarkan kemewahan. Bakal memburu Haryani, Dani dan Saliha untuk menghidupkan semula Manggala yang telah menjadi jenglot, kononnya memerlukan 100 darah perawan untuk menghidupkannya. Kejahatan datang dari pelbagai sudut. Guntur dan Sari dua adik-beradik juga muncul mengekori Sunan untuk menuntut bela atas kematian Nyi Burga Kelara. Guntur yang dikatakan pewaris tunggal Manggala juga berjaya dibunuh Sunan menyebabkan Manggala mendendami Sunan.

Dalam masa yang sama, keluarga Tun Muttalib menerima musibah. Isterinya Melor dan anak mereka Putera Muzaffar berdepan dengan sihir Puteri Kober Gandring yang ingin menuntut bela atas kematian abangnya di tangan Hang Tuah yang turut merampas keris Taming Sari. Disebabkan Hang Tuah hilang tanpa jejak, maka nyawa Sultan Melaka dijadikan galang ganti. Melor yang takut rahsia masa lalu berkasih dengan Sunan dan fitnah yang diadakan ayahnya tok penghulu terbongkar, termakan pujuk dengan Putri itu lalu menyebabkan ibu Sunan, kerasukan dan nyawanya menjadi taruhan apabila kehendak Putri tidak ditunaikan. Sunan yang tidak mengetahui tentang ibunya yang meninggal dunia telah mengalami mimpi aneh bertemu ibu bersama Ratna. Tetapi dia masih belum mendapat ilham tentang situasi yang berlaku kepada ibu tercinta. Sekembalinya ke Punggor dengan bantuan orang istana, barulah Sunan mengetahui pemergian ibu. Dia redha walaupun lewat untuk menyelamatkan ibu dari dendam Putri. Nyawa wanita yang mendendami pahlawan terbilang Hang Tuah dan Sultan Melaka akhirnya ditamatkan. Namun nyawa Sunan pula terancam pabila Sultan Melaka mengetahui kepulangan Sunan yang disangkakan mati semasa bertarung dengan Hang Tuah. Marah hajatnya untuk memperisterikan Haryani dihalang Sunan.

Walaupun Sunan mampu untuk menewaskan pahlawan istana, pak Jalis bapa Sunan tetap menyuruh Sunan bersembunyi di gua dan disitu berlaku keajaipan. Sunan dibawa ke kurun 21, bertemu keluarga Dani di Punggor. Agak kelakar Sunan cuba mengadaptasi kehidupan kurun ke 21. Cara pakaian, pertuturan, makanan cuba diikut Sunan secepat mungkin. (Ada tips pasal makan nasi, hoho agaknya lepas ni boleh bertahan tak kalo tak nak makan nasi & daging, ratah ikan ngan ulam ja ;)

Dani dan Haryani masih berada di Aceh menguruskan segala dokumen di kedutaan untuk pulang ke Malaysia. Namun Haryani sekali lagi diculik pengikut Manggala. Sunan pula terpaksa ke Aceh dan dia berdepan semula dengan musuh lama yang cuba bangkit semula.

Kisah percintaan terlalu pantas dan terlalu banyak halangan. Adakah Haryani halal untuk Sunan di abad 21? Awan... Kalau dapat ku capai maka saktilah hamba. Kamu bagaikan puteri, Haryani.

Kalau salah sinopsis, maafin gue, tak berapa ingat kronologi , watak dan lokasi ;)