Monday 17 February 2014

Novel : Keranamu Ain

Keranamu AinKeranamu Ain by Noor Suraya
My rating: 4 of 5 stars

Akhirnya berjodoh juga Cik Pah dengan Keranamu Ain. Dah lama cari tp tak jumpa. Kat CESB pun stok habis tak diulang cetak. Terima kasih kepada adik manis Hajar yang bagi peluang Cik Pah meneroka dunia Ain Najwa.

Sesiapa yang pernah membaca Langsir Biji Remia mesti ingat watak Ain. Ala yang jadi pemilik Kedai Buku Ceritalah Lagi tempat Duha Hafa bekerja 3 bulan. Watak Ain dalam tu menyentuh hati Duha sebab Ain masih setia menjaga suaminya Adam yang cacat. Jadinya apabila membaca Keranamu Ain, mmg dah tak suspen siapa pilihan Ain. Cumanya rasa nak tahu kisah Ain dan Adam tu masih kuat. Kisah bagaimana Adam ditimpa kemalangan sehingga cacat pula ada dalam kisah Kebun Mimpi. Dalam citer tu jangan tak tahu, Ain adalah penulis Nyanyian Tanjung Sepi. Adoiii kak Suraya, chek dah ingat-ingat lupa dgn watak2 citer akak. Nnt buat susur galur dalam setiap novel tau, mcm kat cd/dvd jdorama.

Kebanyakkan watak dalam Keranamu Ain ada kisah masing-masing dalam novel yang lain. Itu yang buat Cik Pah nak baca semula semua novel Kak Suraya. (Sambil menjeling buku-buku yang masih berplastik lutsinar)

Alahai kesiannya Haris, Cik Pah nak sentuh sikit pasal Haris ni. Cinta dia tak kesampaian untuk Ain sebabnya Ain ni dah beri hatinya kepada Adam semenjak sekolah menengah lagi. Garang dia sebagai majikan Ain rupa-rupanya bersebab. Bukan macam tu tau cara nak pikat Ain. .Akhirnya jodoh dia dengan Zura lebih kuat dan menggembirakan wanita itu yang telah sekian lama menyimpan perasaan buat Haris.

View all my reviews

Novel : Arluna

ArlunaArluna by Rin Ahmad
My rating: 5 of 5 stars

Kisah yg menarik dari Rin Ahmad tentang Nia Arluna mempertahankan rumahtangga yang baru dibina bersama Johan Ariff. Byk ilmu rumahtangga yg boleh dikutip.

Tips dari Prof Muhaya, bapa mertua Dr Ariffin dan umi Nina sendiri tentang peranan isteri dan hak isteri amat berguna. Ada kalanya Nina bertindak bijak adakalanya emosi mendahului akal bila mana Johan ambil mudah dalam semua perkara termasuk perasaan isteri yang baru dinikahi, masih melayan Fazleen si udang galah bekas kekasih. Macam mana Nina menjinakkan buaya jadi hamster, sama-samalah selak novel ni.

Tewas itu taat.

View all my reviews

Novel : Wasilah Kasih

Wasilah KasihWasilah Kasih by Hayati Ahmad
My rating: 3 of 5 stars

3.5*

Cerita yang menarik, ada unsur misteri nusantara dan dendam kesumat generasi romeo juliet. Sayangnya penulis suka sgt divert pembaca ke situasi atau topik yang lain bila cerita tgh sedap.

5 watak utama yang mewarnai naskah ini. Taket, Latifa Hanim, Zahra, Abang Naz dan Ustaz Zahid. Bilangan ganjil dan tak cukup pasangan kan. So salah satu watak dimatikan akhirnya.

Percubaan yang baik dari Kak Hayati Ahmad. Cumanya ada beberapa ayat, tag line dan props yang pernah dibaca dalam novel favorite Cik Pah diubahsuai dalam naskah ini. Yang dah membaca buku gemuk dan naskah ini akan terkesan apa yang Cik Pah maksudkan. Peace!

Imam Syafie: Pejuang Kebenaran

Imam Syafie: Pejuang KebenaranImam Syafie: Pejuang Kebenaran by Abdul Latip Talib
My rating: 5 of 5 stars



Jom kenali Imam Syafie

1. Bapanya Idris , ibunya Ummu Habibah al-Uzdiyyah. Meninggalkan kota Mekah awal tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi ke Palestin. Tinggal di Ghazzah, 2 batu dari Baitulmuqaddis. Idris bekerja sebagai pembantu berniaga di pelabuhan Ghazzah.

2. Sewaktu ibunya sarat mengandung, ibu dan bapanya bermimpi perkara yang sama. Mereka melihat sebutir bintang keluar dari perut ibu lalu naik ke langit. Kemudian bintang pecah lalu bertaburan jatuh ke bumi. Cahaya drpd bintang itu menjadikan muka bumi ini terang benderang

3. Imam Syafie dilahirkan pada 28 Rejab 150 Hijrah, hari yg sama Imam Abu Hanifah di Baghdad meninggal dunia diracun Khalifah al-Mansur kerana menolak jawatan sebagai Kadi.

4. Nama sebenar Imam Syafie adalah Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Uthman bin Syafie bin Sa'ib bin Abd Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abd Manaf bin Qusai al-Quraisy

5. Sejak dilahirkan, anak itu tidak banyak menimbulkan masalah. Perkara ganjil berlaku, pada bulan Ramadhan, bayi tersebut tidak mahu menyusu pada siang hari, selepas waktu berbuka, barulah dia minum. Apabila ibunya membaca Quran, dia akan diam seolah-olah mendengar. Usia 1 tahun, sudah pandai berjalan. Usia 2 tahun, sudah pandai bercakap.

6. Idris mahu Muhammad menjadi pahlawan seperti Khalid al Walid manakala ibunya mahu anaknya menjadi ulama yg boleh menegur pemerintah yg zalim. Akhirnya Idris bersetuju dengan cadangan isterinya.

7. Idris meninggal dunia sewaktu Muhammad berusia 2 tahun. Lalu ibunya membawa pulang anaknya ke Kota Mekah dan menetap di Sya'ab al-Khaif, utara kota Mekah

8. Saudara paling tua drpd keluarga Idris datang melawat. Apabila melihat wajah Muhammad, dia menyatakan wajah anak itu seiras moyang mereka Syafie dan Syafie mempunyai iras Nabi Muhammad SAW. Lalu anak itu ditukar kepada nama Syafie gelaran yang dipanggil seumur hayat Imam Syafie.

9. Kemiskinan menyebabkan Ummu Habibah tidak mampu menghantar anaknya belajar. Jadi Syafie diajar sendiri ibunya dan mereka menghadiri majlis ilmu di Masjidil Haram. Disebabkan Syafie seorang yg cergas dan cerdas, Syafie mudah dapat membaca AlQuran dan pada usia 9 tahun, beliau telah berjaya menghafal AlQuran.

Ikuti selanjutnya riwayat hidup Imam Syafie. Siapa gurunya, peranan ibunya, akhlaknya, cabaran hidupnya dan sumbangannya terhadap Islam.

"Semoga Allah mengasihi serta mengampunkan segala dosanya. Beliau adalah pembuka segala pintu hujah yang terkunci. Penyuci air muka yang hitam dan penyingkap pintu fikiran yang tertutup"

View all my reviews