Monday 23 September 2013

Novel : Inferior

InferiorInferior by Norhayati Berahim
My rating: 3 of 5 stars

Konflik jiwa. Seram juga kalau diingatkan kerana kita tidak tahu siapa dikalangan kita yg inferior. Boleh jadi penyakit ini ada diantara sahabat, saudara mara atau diri sendiri?



Intissar dan Nadia berkawan rapat semenjak kecil. Kedua-duanya mempunyai watak yg berbeza dan taraf hidup yg berbeza. Walaupun Tissar anak orang kaya, tetapi dia menghormati orang lain dan disayangi ramai. berbeza dengan Nadia anak tukang gaji dan tukang kebun keluarga Tissar , Nadia seperti terlebih sudu daripada kuah. Semenjak kecil Nadia cemburukan Tissar kerana orang lain sering memuji akhlak Tissar . Berkawan dengan Tissar hanya untuk menikmati kemewahan kerana apa yang dimintanya pasti ditunaikan Tissar. Tissar pula masih tidak nampak keburukan Nadia walaupun ramai yang telah memberitahunya sehinggalah haknya dirampas baru dia sedar.

Setelah 5 tahun berkahwin dengan Amirul, mereka masih belum dikurniakan anak. Dengan alasan sibuk dan Tissar tidak dapat melahirkan anak, Amirul berkahwin secara rahsia dengan Nadia. Walau bagaimanapun rahsia mereka terbongkar semasa Tissar ke rumah Nadia untuk berkongsi kegembiraannya yang telah berbadan dua. Tissar ingat nak kongsi kegembiraannya dengan Nadia tapi rupa-rupanya turut berkongsi suami. Luluh hatinya melihat suami dipeluk kawan sendiri.


Nadia~ Kau buat aku menderita. Aku selalu rendah diri bila dibandingkan dengan kau. Ayah mak aku cuma seorang pemandu dan orang gaji. Kau dapat apa yang kau inginkan, malah setiap orang yang aku kenal memuji kau. Kau anak orang kaya. Kau tak perlu susah payah pasal duit. Emak dan ayah aku sendiri selalu mengagungkan kau. Bagi mereka kau macam dewi. Kau terlalu baik. Kau mendengar kata. Tapi bagi mereka aku ni jahat. Anak tak mendengar kata. Aku sakit hati Tissar. Sekarang baru aku puas hati. Baru kau tahu bagaimana rasanya hati yang sakit. Baru padan dengan muka kau!

Nadia tersenyum kemenangan. Tapi senyumannya tak lama, pertemuannya semula dgn Tissar meresahkan jiwanya. Tissar tenang, tidak melutut dan merayu padanya seperti angannya. Yes! Rasa nak tepuk tangan bila Tissar turut ikut rentak Nadia. Dia gunakan semula kemewahan, kedudukan dan orang2 yang sayangkannya termasuk kelemahan Amirul untuk menyedarkan Nadia.


Satu sahaja yang Cik Pah kurang berkenan. Walaupun marah dengan tindakan Amirul berkahwin dengan Nadia, emak Tissar Siti Baiduri tidak patut memintanya menceraikan Tissar selepas bersalin. Amirul masih sayangkan Tissar dan sedar kesilapannya. Dengan alasan menyelamatkan Tissar daripada diserang Nadia yang semakin mengganas, talak terpaksa dilafazkan. Tapi perhitungan Siti Baiduri meleset. Amirul turut menjatuhkan talak 3 kepada Nadia sehingga Nadia makin bertindak ganas dan akhirnya mencederakan Amirul. Akhirnya Nadia menerima balasannya akibat mengikut kata hati. Menemui ajal setelah mengalami tekanan jiwa dan tidak dapat diubati seperti yang berlaku macam madu Siti Baiduri.

Who loses money loses much;
Who loses a friend, loses more;
Who loses faith, loses all.

View all my reviews

Wednesday 18 September 2013

Novel : Yang Terindah

Yang terindahYang terindah by Anis Ayuni
My rating: 3 of 5 stars

Ceritanya biasa2 sahaja. Kisah kekeluargaan dan kasih antara abang angkat - adik angkat. ( jika term ini sesuai untuk menggambarkan hubungan mereka)


Elly , hidupnya dihimpit kemiskinan namun mewah dengan kasih sayang mama & menumpang kasih keluarga sahabatnya Diana. Semenjak kecil, keluarga Diana menyenangi Elly sehingga ada kalanya Elly turut mengikut mereka sekeluarga bercuti ke Port Dickson. Abang Zahari , abang kandung Diana adalah insan paling rapat dengan Elly. (Alahai bila ada nama hero sama dgn orang yang kita kenal, asyik terbayang muka orang tu je, iskh).

Semua masalah diceritakan dan ketika Elly mula meneroka alam percintaan, Abg Zahari menjadi kaunselor kepada cerita cinta Elly. Sporting sungguh Zahari. Membenarkan insan yang dia kasih secara diam merasai hidup normal sebagai remaja.

Tanpa disedari Elly, abang Zahari yang telah lama menyimpan perasaan padanya telah banyak kali menunjukkan perhatian yang lebih daripada biasa dan sentiasa menunaikan semua permintaan Elly. Ketika Zahari mencurahkan perasaan dan melamarnya, kerana keliru Elly menolak hajat Zahari. Syarat yang dia kenakan pada Zahari akhirnya menjerut rasa dihatinya sendiri. Setelah berminggu2 Zahari tidak menghubunginya, Elly panasaran. Perasaan rindu mula bertunas dan rasa cemburu membara pabila Dr Hazlina rakan setugas Zahari muncul memberi rawatan kepada Zahari yang parah akibat kemalangan. Betul ker Zahari lupa ingatan atau semuanya lakonan saja? Sabar je la dgn mamat ni. Tapi usahanya membuahkan hasil. Akhirnya Elly mengaku yang dia turut menyayangi Zahari semenjak mereka membesar di Estate Bukit Beringin. Masalahnya siapa yang akan mewalikan Elly dihari pernikahan? Jejak mencari ayah Elly bermula dan disitulah rahsia kehilangan ayahnya terbongkar.

View all my reviews

Tuesday 17 September 2013

Novel : Dosa Semalam

Dosa SemalamDosa Semalam by Adilla Tasha
My rating: 3 of 5 stars

Ini adalah buku ketiga Cik Pah baca berkenaan kes wanita kena ‘ngap’ dan novel kedua watak utamanya mengandungkan anak luar nikah hasil durjana orang yang dikenali. Malang bertimpa apabila dihalau keluarga tetapi nasib terbela dibantu oleh insan lain yang tiada pertalian darah. Diakhirnya si lelaki menyesal dan ingin bertanggung jawab. Si wanita pula kasihankan anak yang tidak pernah merasa kasih sayang seorang bapa, menerima lamaran dengan harapan dapat membahagiakan anak.

Setakat ini, satu sahaja sebab musabab ‘kejadian’ ini berlaku. Lelaki putus cinta dicurangi kekasih akan bertindak tidak rasional. Mendendami kekasih yang curang tetapi yang menjadi mangsa adalah orang yang terdekat. Jadinya bolehkah disimpulkan jauhkan diri daripada lelaki yang masih baru lagi kecewa putus cinta takut-takut senasib dengan Hanim atau Indah dalam ‘Biarkan Indah Berlalu’.
Ummm



View all my reviews

Novel : Dapur Wawa

Dapur WawaDapur Wawa by Ika Madera
My rating: 4 of 5 stars

Ambil letak, ambil letak. Banyak kali juga Cik Pah teragak2 nak ambil dan baca. Tapi bila sekali baca, mukhadimahnya saja dah berjaya menarik minat Cik Pah meneroka kisah Najwa Syakira[Wawa] , En Abu (bukan nama sebenar), bonda, Abang Ummar, ibu Chik, jiran tetangganya dan rakan-rakannya yang ‘happening’. Kisah Wawa diceritakan secara bersahaja oleh Ika Madera dan kadang-kadang seolah2 Wawa pula yang menulis tentang IM apabila Wawa membebel takpun memberi peringatan kepada pengarang.

Cari jodoh melalui agen cari jodoh? Macam la Wawa kemaruk nak kahwin sangat. Tetapi dek menjaga hati bonda dan Kak Pah yang beria-ia, Wawa berjumpa juga dengan Encik Abu yang bekerja sebagai drebar bus. Perjumpaan kali kedua, Encik Abu terus melamar Wawa dan 3 bulan kemudian sah menjadi isteri Encik Abu yang rupa-rupanya pilot.

Tajuknyakan pasal Dapur Wawa, jadinya 80% cerita adalah mengenai masakan yang Wawa cuba jaya mengikut resepi nenek, bonda, sahabat dan ibu Chik. Jadinya kepada yang cuba-cuba intai Dapur Wawa harus kenyangkan perut dahulu OK.

Bukan tak pandai masak, tapi sifat ‘M’ yang rata-rata anak dara zaman sekarang sayang nak buang menyebabkan lepas kahwin masing-masing baru nak tunjuk skill bersilat di dapur. Bil telefon akan melambung2 dapatkan talian hayat. Kalau kena berleter ada saja jawapan. Cik Pah rasa kebanyakkannya macam tu kot termasuk Cik Pah :) dengan alasan, bila lagi nak rasa air tangan bonda tambah2 lagi kalau duduk berasingan dan sekali-sekali balik kampung, kan!

Dalam rumahtangga yang sedang bahagia ini, tiba2 ada kejutan. Pagi2 buta dah terpacul anak gadis bermata biru di dalam rumah. Apa cerita ni? Wawa tabah menerima setelah dipujuk bonda. Encik Abu yang dikahwininya bukan bujang terlajak berusia 44 tahun tetapi duda beranak sorang gadis berusia 15 tahun. Nak dapat anak sendiri pun belum dapat kelulusan 'Yang Atas' lagi. Cerita selanjutnya baca lah sendiri untuk kita kutip panduan melayari rumah tangga sebagai isteri, ibu, anak, adik, jiran dan sahabat. Ada perkara yang perlu kita terima atau lepaskan dengan redha sebagai hamba-Nya


View all my reviews

Novel : Seindah Hujan Cinta

Seindah Hujan CintaSeindah Hujan Cinta by Qash Shazwani
My rating: 2 of 5 stars

Kisah payung emas. Aneesa terpaksa rela mengahwini Wasim suami kepada kakak angkatnya. Mereka terpaksa berkahwin atas rancangan Zarita kerana Zarita tidak mahu zuriat dgn Wasim demi mengejar cita2 menjadi model terkenal.

Nisa dibawa tinggal serumah. Wasim yang tiada perasaan terhadap Nisa akhirnya kalah dengan perasaan sendiri menyayangi Nisa. Tetapi apabila Zarita tidak bertugas kemana2, Wasim tidak berlaku adil dgn memberi tumpuan lebih kepada Zarita. Janji tinggal janji. Zarita dilebihkan dalam semua perkara dan Nisa dengan rela terpaksa berkorban perasaannya.

Dalam cerita ni, ketiga2 watak ni Cik Pah terus terang tak berkenan.

Zarita - konon rela mengizinkan suami berkahwin lain. Siap carikan jodoh untuk suami. Cemburu tgk kemesraan Wasim Nisa lalu dia nekad mengandungkan zuriat Wasim. Dah beranak tapi anak diberikan kepada Nisa yang baru kematian anak. Bila anak mesra dgn Nisa, dia pula cuba pisahkan. Tsk!

Wasim - lelaki yang tak layak berpoligami. Janji manis ditabur pada Nisa lenyap bila dia bersama Zarita. Tak pernah berlaku adil dan sentiasa buruk sangka pada Nisa. Tak alert Nisa mengandung dan menuduh anak yg dikandung bukan anaknya. Tsk!

Nisa - pengorbanan yang sia sia. Walaupun akhirnya happy ending. Ala itupun sebab Zarita meninggal dunia akibat pil kurus. Tsk!

View all my reviews

Novel : Gadis Edisi Terhad

Gadis Edisi TerhadGadis Edisi Terhad by Rin Ahmad
My rating: 4 of 5 stars

Sweetnya Jasmeen Fareez. Rasa nak teroka alam krypton mereka di Avillion Port Dickson. Kisah cinta mereka mekar selepas Fareez menyedari Gina curang bersama lelaki lain. Iqmal lelaki yang gagal meraih cinta Jasmeen hanya layak diangkat sebagai kawan beralih menyambut cinta Gina.

Fareez kepada Gina - happy birthday Gina. I'm letting you go. We are over. I hope you like the gift. Your freedom



Cara Arkitek Modenreka meluahkan perasaannya amat kelakar. Sanggup merendahkan ego belajar buat blog dengan "nyamuk besar". Lambat pula Jasmeen buka, Cik Pah terjah dulu blog iamcrazyjf.blogspot.com. Ala cute sangat lepas publish nak nyorok muka bawah comforter sampai tahun depan ekeke. Walhal Jasmeen buka baca pun tak. Keesokkan hari baru Jasmeen baca masa kawan baiknya yang lepak dirumah terperasan nota Fareez. Tapi itu pun diabaikan Jasmeen. Dibiarkan Fareez tertunggu2 jawapan bagai cacing kepanasan.

Diusahakan cara lain pula dengan lebih berani walau ketar lutut. Pastinya di alam krypton detik yang paling romantik sambil melihat matahari terbit. Romantiknya Fareez.

Fareez kepada Jasmeen - Do you know that love does not consist of gazing at each other, but looking together in the same direction as what we do now? Meen , will you make me happiest man alive?

Pada Fareez jawapan positif Jasmeen menggembirakannya walaupun sepatutnya dia dalam tempoh bersedih berpisah dengan Gina. Yang dia tahu Jasmeen adalah bekas penjual kain yang diherdiknya di Biwanis dan part time tukang kebun. Yang dia tidak tahu identiti sebenar Jasmeen suatu hari akan melukakan hatinya sehingga panggilan manis Fishy menjadi Fishy Fraud. Bukan salah Jasmeen kerana dia adalah Fellah Delisya anak Tan Sri Farhan yang berdikari membangunkan syarikat arkitek landskap sendiri tanpa mengharapkan ehsan papa. Cemburu buta juga hampir mengakhiri hubungan yang baru dibina. Apa la nak dicemburukan pada Iqmal yang ternyata bertepuk sebelah tangan. Tak percaya Jasmeen memang tak pernah ada perasaaan pada mana2 lelaki selain Fareez. Sebulan juga Jasmeen gigih cuba kembalikan kepercayaan Fareez tapi Fareez masih dingin.


Nasihat Derrick pada Fareez - learn to appreciate what you have before time makes you appreciate what you had

Kecewa dengan Fareez yang tak maafkannya, Jasmeen bawa diri ke US menyambung pelajaran.

Luahan harapan Iqmal pada Jasmeen sebelum Jasmeen berangkat - jgn terlalu lama menunggu orang yang menganggap kita sebagai pilihan kerana kita mungkin akan terlepas seseorang yang amat mengutamakan kita

Lepas 2 hari Jasmeen ke US. Barulah Fareez cuba memaafkan Jasmeen. Tapi dia terlewat. Mesej hanya dibaca setelah kehilangan Jasmeen. Dijejaknya Jasmeen di US dengan bantuan Ferhad adik kesayangan Jasmeen.

Meen, saya sangat suka awak. Bukan setakat cinta tapi suka sangat2. Saya nak awak. Saya langsung tak fikir kalau saya hilang awak. Saya rasa awak la satu2nya perempuan yang betul2 membuat saya rasa begitu bahagia. Okey, terlebih keju sgt ke ayat saya ni? Haha cheesy crazy.

Jasmeen pada Fareez - betul ke orang cakap cinta tidak boleh diukur dengan mengira sebanyak mana pasangan kita membuat kita ketawa tetapi dengan mengira sebanyak mana dia membuat kita tersenyum selepas kita menangis?

Terkelu Fareez nak menjawab. Berjaya ker Fareez pujuk Cik Bunga Melur ni menerimanya semula?

Gadis edisi terhad novel ke 2 Rin Ahmad yang pasti tak mengecewakan. Banyak flashback dibuat membuatkan kita perlu fokus apa yang di baca. Ternyata itu cara RA menulis. Dah tentu pembaca tak boleh baca lompat2. Kalau tak memanglah takkan faham keseluruhan cerita dan terlepas detik fishy cheesy. Antara semua barang edisi terhad dalam GET, Cik Pah paling suka jagung edisi terhad Atuk Syed. Hehe nakal sungguh Fareez mengena gadis edisi terhadnya.

Thumbs up untuk Rin Ahmad. Cerita konglomerat yang dibawa masih memaparkan kisah golongan tersebut yang tidak kufur hakikat tapi ada unsur kufur nikmat iaitu isu yang diketengahkan adalah hobi Jasmeen mendapatkan barangan edisi terhad yang jatuh dalam kategori berbelanja secara boros. Dunia arkitek juga diolah dengan begitu baik sekali. Tak la pembaca dihidangkan dengan kisah cinta sahaja. Cik Pah suka semua watak yang dihubung kaitkan dalam GET. Bila nak bukukan cerita-cerita mereka? Lepas ni Jejaka edisi terhad boleh? Wink wink

View all my reviews

Novel : One Day You'll Be Mine

One Day You'll Be MineOne Day You'll Be Mine by Inawza Yusof
My rating: 4 of 5 stars

3.5*
Akhirnya berjaya juga menghabiskan bacaan tanpa skip dan dalam keadaan demam.

Penat juga nak habiskan sbb bahasa yang digunakan agak .... Bagaimana untuk diungkapkan ye.

Tahniah utk Inawza ( Cik Pah agak nama sebenarnya Azwani ) berjaya menarik minat Cik Pah meneroka fikiran, perasaan dan tindakan Nur Anith Fitriah (Fitri) terhadap orang sekelilingnya terutama terhadap makhluk aneh bernama Dzul Ehsan. Memang agak lelah nak habiskan buku setebal 963 yg 80% isinya mengenai fikiran dan perasaan Fitri, tapi Cik Pah tak mengalah kerana rasa ingin tahu kisah silam mereka dan rahsia disebaliknya mengatasi segalanya. Dialog juga menarik dan Cik Pah tertunggu2 apa yang Ehsan akan balas setiap kali mereka bertingkah. Abang pedas versi Inawza.

Psst! Sedap nama2 watak dalam cerita ni.
Qistina Radhya
Mega Ariyana
Sophea Marissa Alfiera
Zuhul Danisa Alya
Zarith
Nahda
Firasha
Hezry
Anith Asyraf
Nik Afezal
Arieyal Firdaus

View all my reviews

Wednesday 11 September 2013

Novel : My Precious Iris

My Precious Iris (Mypi)My Precious Iris by Melur Jelita
My rating: 5 of 5 stars

Novel ini adalah sambungan cerita I Love You Stupid! (ILUS). Jadi, perlu baca ILUS terlebih dahulu sebelum nak berkepit dengan novel MyPI(sebut maipai).Bukannya apa, nanti tak faham pasal kewarganegaraan watak hero pulak. Pastu adalah yang bertanya kenapa ada panggilan Mai Tuan, 'adik', 'Ai Ngah'.

OK ni, pendek jek review dari Cik Pah sebab dah ramai yang review. ;)

Jalinan ceritanya indah. Lenggok bahasanya indah dan terbuai seperti di goda iris si rama-rama kecil. Hati terhibur, tersayat, terhiba, tergoda dengan tingkah firman yang kadang menaga , menyinga dan kdg terlebih ulat beluncasnya. Ada kisah yang memberi impak yang besar dalam hubungan Firman Iris. Masih tegarkah cinta Firman pada Iris apabila Iris berubah tingkah dan melukakan perasaannya. Masih banyak rintangan yang mereka perlu hadapi sebelum penulis menokhtahkan cerita tentang mereka. Kalau tak meleleh air mata tak sah.

Yang pastinya buku ini adalah novel ilmiah untuk saya dan penggemar novel yang lain.

View all my reviews

Novel : I Love You Stupid!

I Love You, Stupid!I Love You, Stupid! by Melur Jelita
My rating: 5 of 5 stars

Inilah novel buat pertama kalinya diulang baca dan pastinya akan diulang-ulang lagi. Memang best dan berbaloi. Apa yang bestnya? Kupasan percintaan sangat unik. Cinta antara lelaki perempuan, cinta kepada diri sendiri, keluarga, agama dan negara membuat kita terhibur, insaf, bersyukur dan lebih berfikir.

Semua rasa ini dapat kita rasa melalui watak Iris dan hero-hero pujaan hatinya Inspektor Ebrahim, Firman, Aidan, Matt dan tidak ketinggalan anak kecil yang bernama Ahmad serta watak-watak lain yang melengkapkan diri Iris sebagai pelajar, anak, kakak dan diva pemburu dan pembunuh lelaki. Diawal cerita mengisahkan kenakalan Iris dan sahabatnya yang menggelar diri mereka diva. Walau bagaimanapun kenakalan mereka telah membawa pertemuan dengan Inspektor Ebrahim aka abang pedas aka Eye Mo yang telah memberikan surat saman kepada gadis bawah sedar dan kurang cerdik. Dari situlah bermulanya episod cabar mencabar dan bermain mata dengan Insp. Ebrahim yang mengepakkan rama-rama diperutnya. Satu insiden yang menyebabkan Iris menyesal seumur hidupnya apabila maruah dan kredibiliti Insp Ebrahim dicalarnya dengan fitnah. Agak kecewa pada mulanya kerana watak Insp Ebrahim berakhir begitu sahaja selepas Iris dan divanya graduate dari UM.

Kisah selanjutnya adalah tentang 2 misi Iris ke Kemboja sehingga menemukan Iris dengan Mr Bodyguardnya Firman dan Matt serta mai tuan (mama Firman) dan Fatimah (adik Firman) yang menjaganya sepanjang dia di kemboja. Agak misteri misi kedua Iris kerana selain misi bantuan derma, Iris ingin mencari anaknya semula. Bila masa dia kahwin? Dengan siap? Dr Aidan main couse nyakah?

Sepanjang Iris di Kemboja, Iris terpaksa tinggal serumah dengan mai tuan dan Fatimah. Dengan segala kedaifan, Iris belajar menyesuaikan diri dengan orang disekelilingnya kecuali manusia bernama Firman yang bermulut puaka. Ada sahaja pertengkaran yang berlaku sehingga mai tuan terpaksa masuk campur. Iris sering lepas laku apabila berdepan dengan Firman manakala Firman sering mengusik Iris dan ada kalanya agak keterlaluan dan kasar. Identiti Firman terbongkar suatu hari dan bermula daripada kejadian tersebut Iris rasa tertipu kerana Firman yang sebenar adalah Insp Firman Ebrahim yang dicari-carinya. Walau bagaimanapun, merajuknya tidak lama. Kejadian buruk yang menimpa, lucu dikejar babi hutan, direjam buah cermai, dimandikan Firman dan ditelangkup langit baldi, rasa sunyi dan tidak berpunya merapatkan semula Iris kepada si lanun Firman. Bibit-bibit cinta mula berputik tetapi masing-masing cuba menyembunyikan rasa, hanya mata yang berbicara dan skala rama-rama yang mengepak diperut dan didada Iris menjadi ukuran tahap pesona Firman dimata Iris.

Ikutilah cerita selanjutnya tentang misi rahsia Iris, sejarah Kemboja dan kezaliman Pol Pot, rahsia hati Firman, Aidan dan Iris. Siapakah yang menjadi pilihan Iris? Dr Aidan main course yang handsome dan kaya atau Firman yang lanun tetapi lelaki yang boleh membimbing dia menjadi wanita solehah.

Cik Pah dah baca 5 kali okey! Hampir sebulan tak lalu nak buka novel lain. Penangan Melur Jelita memang menjadi. Sehingga novel lain Cik Pah pandang sebelah mata buat seketika. Nukilan daripada Melur Jelita menjadikan Cik Pah telah meletakkan satu standard yang perlu ada pada seseorang penulis. Peace yo!

View all my reviews

Novel : 26 Episod Gosip

26 Episod Gosip26 Episod Gosip by Haswida Abu Bakar
My rating: 3 of 5 stars

Kasarnya perempuan ni. Ain Nurlisa. Budak baru yang berkecimpung dalam bidang penggambaran sebagai penolong pengarah produksi drama 26 episod. Menjadi perhatian 2 pelakon popular. Tersepit antara memilih Jeffri Husin, playboy yang suka mendesak atau Ari Zaman yang menginjak popular dan baru putus cinta dengan model terkenal Dewi. KL-Pulau Kapas-KL mereka cuba menarik perhatian Ain bergilir-gilir dan ada masanya perlu menahan rasa cemburu apabila Ain melayan salah sorang daripada mereka. Pada Ain, dia hanya ingin berkawan sahaja kerana hatinya masih terluka dengan cinta pertamanya Hadiff yang memilih wanita lain. Siapa yang akan menguasai keadaan dan memenangi hati Ain? Ikutilah cerita ini.

Cik Pah, ada masanya suka dgn watak Ain, ada masanya tak suka. Sabar je lah 2 hero tu melayan Ain yang kadang2 kasar kdg2 macam ribut kdg2 tampak feminin.

View all my reviews

Monday 9 September 2013

Santapan Rohani : Padanya Ada Hikmah

Padanya Ada HikmahPadanya Ada Hikmah by Muhaya Hj Mohamad
My rating: 5 of 5 stars

Buku santapan rohani mengandungi 35 cerita pendek di mana penulis kutip dari temubual 2 jam dengan Prof Muhaya. Kisah -kisah dalam buku ini kebanyakkannya adalah berkisar tentang kehidupan doktor , pesakit , tukang cuci dan pemandu teksi.

Sesungguhnya semua yang berlaku ada hikmahnya. Kita sering dengar atau terbaca sakit itu ada hikmahnya. Cerita2 didalamnya akan menjawab kepada apa hikmahnya setiap ujian Allah. Semoga kita dapat mengambil intipati apa yang cuba disampaikan.

Kata2 suami kepada isterinya yang menyentuh sanubari.
" Jangan risau, kita tidak mati, kita cuma berpindah alam. Dari alam dunia ke alam akhirat, dan sekarang pun abang cuma berpindah daripada manusia yang sempurna fizikalnya kpd manusia yang sudah tidak sempurna. Doakan saja nnt dlm perpindahan itu kita tetap bersama. Itu lebih utama drpd menangisi perkara yg tidak kekal"

View all my reviews

Novel : Impikan Mentari

Impikan MentariImpikan Mentari by Shahzy Hana
My rating: 3 of 5 stars

Sedih! Baharu sahaja berbaik semula dgn adiknya yang telah merampas tunangnya dan menikmati bahagia melayari rumahtangga dengan Ikhman, Izzati diuji dengan penyakit yang boleh membawa maut. Ternyata menanggung sakit leukemia lebih parah daripada sakit ditinggalkan kekasih dan dikhianati adik sendiri. Izzati bertuah, saat dia bertarung nyawa melawan sakit , dia dikelilingi insan2 yang menyayanginya termasuk Ikhman, suami yang baru dinikahinya.

Cerita tentang pesakit leukemia ini sangat detail. Adakah penulis pernah mengalaminya atau pengalaman ini dikutip dari insan kesayangan beliau sendiri ?

View all my reviews

Novel : Rahsia Hati Sofia

Rahsia Hati SofiaRahsia Hati Sofia by Nazurah Aishah
My rating: 5 of 5 stars

Kalau baca novel ni tak sah kalau tak meleleh air mata. Sedih bukan kepalang. huhu . Nantilah review. Nak lap air mata biar kering, mata kembali bulat bersinar dan hati yang rapuh dirundung hiba kembali ceria. TihTih

Sakitnya hati Jihannur Sofia kekasih hati berubah sikap. Baran tak tentu pasal. Sikit-sikit nak melenting. Lelaki yang mula bertahta dihatinya Ikhmal Hisham dikenalinya semenjak tingkatan empat mula berubah tingkah selepas mereka menginjak kaki ke Politeknik. Dikawalnya Sofia daripada berbual dengan lelaki-lelaki yang cuba mendekat tetapi dirinya seperti Mat Romeo bersilih ganti teman wanita. Namun apabila Ikhmal mula ditugaskan ke Jakarta, Sofia tidak tahu hujung pangkal hubungan mereka. Telefon pun jarang2 sekali apatah lagi untuk berjumpa. Cakap-cakap orang luar tentang sikap playboy Ikhmal , Sofia endahkan kerana dia yakin Ikhmal akan kembali kepadanya. Bukan sekali dua tetapi telah berkali-kali Ikhmal bertukar teman tetapi tetap mencari Sofia menyebabkan Sofia immune untuk cemburu buta.

Akhirnya dalam Ikhmal cuba mengelak daripada tertangkap dengan Sofia, bertembung juga Sofia dengan Ikhmal yang sedang dating dengan Raianna, teman seteru Sofia semenjak di Politeknik lagi. Itu pun Ikhmal cuba nafikan walaupun dah terakam dalam kepala Sofia Raianna melendet di bahu Ikhmal. Saat ini,Cik Pah ingatkan cerita Ikhmal akan berakhir disitu apabila Sofia meminta putus. Rupa-rupanya Ikhmal tidak berdiam diri apabila ternampak Sofia keluar dengan Nizam teman lelaki sepejabatnya. Malam yang cukup malang buat Sofia. Hak kehormatannya dicerobohi Ikhmal. Kononnya sebagai tanda hak miliknya. Kata-kata sayang dan kemaafan tidak mampu membuang rasa benci dan jijik dihati Sofia. Lelaki sial! Syaitan! Segala sumpah seranah maki hamun berbakul-bakul Sofia lontarkan. Namun kerana Sofia berdiam diri daripada melaporkan dirinya di rogol, Ikhmal telah mengada-adakan cerita yang mereka telah terlanjur. Siapa yang nak percaya cakap Sofia memandangkan mama, abah , Hajah Jamilah dan Hj Ikram memang telah merestui hubungan mereka yang lama terjalin.

Mama dan abah cukup kecewa dengan Sofia kerana disangkakan mereka Sofia tidak pandai menjaga diri sehingga sanggup membuat kerja terkutuk dengan Ikhmal. Hanya pada Abang Johan tempat Sofia mengadu tetapi abang kandungnya tidak berjaya memujuk mama dan abah menolak pinangan keluarga Ikhmal. Akhirnya bersatu juga mereka walau tanpa rela Sofia. Walaupun dia diterima keluarga Ikhmal dengan tangan terbuka tetapi Sofia tetap sedih kerana dibuang abah dan mama. Berita perkahwinannya turut tersebar sehingga ke kampong di Kelantan. Walang hati Sofia kerana nenek yang mengasihinya jatuh sakit dan tidak mahu bertemu dengannya. Lalu pada siapa lagi dia menumpang kasih andai semua insan yang pernah menyayangi membuangnya.

Ikhmal, telah insafkah lelaki yang kini bergelar suami Sofia? Mampukah Sofia menjalankan peranan sebagai isteri kerana dia masih trauma atas tindakan Ikhmal? Pandai tau Ikhmal ni memujuk keluarga Sofia menerimanya setelah kisah sebenar terbongkar. Mudah sahaja keluarga Sofia memaafkan Ikhmal dan mudah juga Sofia menerima Ikhmal setelah dia mendapat kembali kepercayaan keluarganya. Sofia, memang sentiasa setia dengan Ikhmal walaupun hatinya hampir berlagu rindu dengan Nizam. Bahtera rumahtangga mereka ada kalanya dipukul ombak tetapi Sofia tetap teguh mempertahankan daripada hanyut apatah lagi mereka dikurniakan cahayamata Irdinanur Sharah dan Izz Hilman. Tetapi apabila suami telah hilang upaya, cemburukan isteri diintai kawan baik dan ego mengatasi segalanya, adakah perpisahan jalan terbaik buat dua insan ini? Ikutlah cerita suka duka pahit manis Rahsia Hati Sofia. ~Perkahwinan yang bahagia merupakan kesatuan daripada dua pemaaf~

Cerita ini memang best! Cik Pah bukan seorang penulis yang baik untuk membuat resensi yang menggambarkan keindahan cerita ini secara keseluruhan. Tak terlawan ahkak dengan ayat-ayat dan garapan cerita Nazurah Aishah 


View all my reviews

Thursday 5 September 2013

Novel : Kaca Jendela Ainnur

Kaca Jendela AinnurKaca Jendela Ainnur by Diya Nordin
My rating: 5 of 5 stars

Kisah kekeluargaan yang meruntun jiwa. Siapa yang tak kecil hati , dendam, jiwa lara, merintih sedih apabila mama dan ayah kandung tidak mahu menerima diri sebagai anak mereka. Kelahiran Ainnur Shahirah dianggap sebagai satu kesilapan masa silam bagi Syuhairah dan Amir Iskandar. Lalu anak yang cuba meraih kasih sayang dan perhatian mama belajar bersungguh2 sehingga menjadi pelajar terbaik dalam SPM dan menyambung pelajaran ke Universiti dalam bidang perundangan agar dia dapat berbicara topik yang sama dengan mama. Namun apa jua usahanya tidak dipandang walau sebelah mata.

Kisah Ainnur sebagai pelajar berlatar belakang UUM memamg dekat dihatiku. Terbayang2 suasana harmoni dan nyaman universiti dalam hutan. Cumanya zaman Cik Pah Kolej Bukit Kerachi masih belum wujud dan jurusan perundangan juga tidak ada. Ainnur yang tahu dirinya tidak diendah kehadiran oleh mama sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti kolej. Hanya bapa tirinya yang dipanggil uncle papa sahaja tempat dia menumpang kasih sentiasa menghubunginya dan bertanggungjawab bagai bapa kandung.

Plot yang semakin menarik, bersambung dan saling berkait. Melalui aktiviti Bakti Siswa dikolej, salahsilah Ainnur terbongkar. Kehadiran papa ke Langkawi bertemu Tok Mama dan Tok Baba mengejutkan keluarga angkat itu kerana mereka merupakan datuk dan nenek biologinya. Ada kisah yang selama ini mama cuba sorokkan.


Bermula dengan kehadiran seorang wanita yang bergelar umi, Ainnur menyedari dia masih mempunyai ayah kandung. Tapi penerimaan ayah sedingin mama. Lagi sekali hatinya tersayat apabila haknya sebagai anak dinafikan. Cik Pah kagum olahan peribadi watak Ainnur . Dia masih mampu mengukir senyum walau diherdik. Di sini hati Cik Pah dijentik rasa ingin tahu kisah silam mereka sehingga tiada langsung terdetik rasa kasih pada darah daging sendiri? Kering hati sungguh! Cik Pah pula beria2 meleleh air mata.

Jom ikuti kisah Ainnur yang mengajar kita untuk lebih menghargai orang disekeliling. Hargai dan sayangi mereka selagi mereka masih ada.

Cik Pah habis baca jam 2.10am. Mata sembab huhu

View all my reviews

Novel : Ikhlas, A.K!

Ikhlas, A.K!Ikhlas, A.K! by Nirrosette
My rating: 3 of 5 stars

AK Adam Khalish dikategorikan lelaki masjid bergandingan dengan Nur Kaseh Kaisara yang playgirl dan merupakan anak jutawan? Mudahkah Adam membentuk Kaseh andai kata Kaseh degil dan keras hati? Ceritanya mudah kerana watak Kaseh adalah seorang gadis yang menurut kata dan sudah tentu dia mendapat hidayah dari Allah.

Bukan senang juga Kaseh nak tinggalkan kehidupannya yang penuh keseronakkan dunia dan bff dari kecil Syera. Tapi dia nekad apabila Adam memberinya peluang 3 bulan untuk saling mengenali sebelum Adam menerima Kaseh sebagai girlfriend. Dalam tempoh itulah Adam mendidik Kaseh tentang Islam. Kesian sungguh Kaseh yang lahir sebagai Islam tetapi fardhu ain langsung tak tahu sehingga perlu masuk kelas asas. Apabila nak berubah, ada sahaja halangan. Paling kasihan apabila ditentang mummy dan daddy Kaseh sendiri sehingga Adam diugut dan dipukul supaya meninggalkan Kaseh.

Ikutilah kisah Kaseh dan Adam yang mencari keredhaan Allah dan dalam masa yang sama perlu patuh pada kehendak ibu bapa yang menuntut pengorbanan cinta mereka yang baru bertunas.



View all my reviews

Novel : Suami Yang Kubenci

Suami Yang KubenciSuami Yang Kubenci by E-Man Sufi
My rating: 4 of 5 stars

Kelakar cerita ni. Plotnya biasa2 sahaja kahwin paksa. Tapi Cik Pah suka dengan watak Uwais dan maknya Sarimah. Kedua2 anak beranak ni mmg kelakar dan kehadiran mereka memeriahkan suasana. Aksi dan dialog mereka boleh hilang stress pembaca. Tapi aksi romantik meluat tahap nak muntah tu yang tak tahan. Ahaks! Tu perasaan Fawaz menengok Uwais dan Hannah sepupu yang dia ada hati semenjak kecil beromantika de amor. Tak lama pula hati Fawaz beralih pula pada Cikgu Batrisya jiran sebelah rumah mak mertua Hannah. Anak tok imam tu, gelabah juga bila Uwais menyakat dia jadi imam. Ikutilah cerita romeo juliet dan uda dara yang diseri dengan telatah dan bantuan otai Sarimah.

View all my reviews

Novel : Tak Mungkin Kuhindari

Tak Mungkin Kuhindar Tak Mungkin Kuhindar by Ana Sofiya
My rating: 3 of 5 stars

Psssstt! Terlebih dahulu sebelum baca mukasurat pertama , Cik Pah selak dahulu muka surat terakhir. Oo happy ending, jadinya boleh meneruskan pembacaan. Cerita mengenai rumahtangga dan kehadiran orang ketiga adalah cerita yang biasa dipaparkan. Tapi Cik Pah tetap juga menitis air mata walau pun dah tahu pengakhirannya. Terlalu menjiwai. Eceh!

Setiap pertengkaran Hisyam dan Maria bermula dengan nama Salina.
Ya, isteri mana yang tidak terluka apabila suami tidak mempercayai segala kata-katanya? Isteri mana yang tidak merajuk apabila suami melebihkan perempuan lain berbanding dirinya? Isteri manakah yang dapat menahan sabar apabila suami memilih untuk berkahwin dengan perempuan yang dianggap perosak keharmonian rumahtangga mereka?

Rupa2nya semua yang berlaku hanyalah salah faham kerana masing2 suka memikirkan perkara yang bukan-bukan dan kata2 dari lidah yang tidak bertulang mampu menghiris perasaan mereka yang mendengar. Cemburu dan syak wasangka adalah punca kepada hampir runtuhnya rumahtangga yang dibina atas nama cinta.

Akhirnya Hisyam sedar khilafnya yang menyebabkan Maria terlalu lama makan hati.

View all my reviews

Wednesday 4 September 2013

Novel : Bukan Hanya Ada Kita

Bukan Hanya Ada KitaBukan Hanya Ada Kita by Nazurah Aishah
My rating: 5 of 5 stars

Cerita yang Nazurah bawa kali ini menyesakkan dada dan meruntun jiwa sampai terbawa2 dalam tidur. Cik Pah usung novel ini semasa berkursus di KK. Roomate siap gelakkan Cik Pah sebab mengigau dan kesedihan dalam tidur hehe. Tak tahu hendak sokong siapa disebabkan kali ini POV adalah dari perspektif isteri kedua (Medina) dan suami (Zahrin). Walau bagaimanapun Cik Pah tetap bersimpati dengan isteri pertama (Aiza) yang keseorangan membesarkan anak-anak sepanjang Zahrin bertugas di Oman dan tanpa disedarinya suami menemui jodoh yang kedua disana.

Rasa simpati menebal buat Aiza kerana Zahrin kahwin tanpa memberitahu Aiza. Apabila pulang ke Kuala Lumpur, masa Zahrin juga lebih diluangkan untuk Medina kerana Aiza tinggal di utara dengan anak-anak manakala Zahrin tinggal di Kuala Lumpur kerana bertugas. Zahrin hanya pulang 2 kali sebulan. Pada Aiza yang tidak mengetahui suaminya berkahwin lain, dia redha dengan kehidupan berjauhan dengan suami. Apatah lagi sikap Zahrin tidak berubah. Masih bertanggungjawab dan mencurahkan kasih sayang. Apabila rahsia Zahrin berkahwin dengan Medina terbongkar, Aiza nanar kerana ditipu bertahun-tahun lamanya. Hancur hatinya apabila mengetahui Medina kenalan baru yang ditemui secara alam maya yang disangkakan teman yang boleh dipercayai rupa-rupanya madunya.

Dipihak Medina pula, memang bukan niat dia nak merampas suami orang. Apatah lagi dia memang menentang keras bapanya berpoligami dan menyebabkan ibunya berendam air mata. Tapi dah jodoh. Itu kata orang yang terjebak dengan suami orang. Nak tak nak dia terpaksa menyembunyikan perkahwinannya daripada pengetahuan keluarga di Johor. Sungguh, sikap Medina sebagai isteri kedua patut dicontohi oleh mereka-mereka yang menjadi isteri kedua. Sentiasa mengingatkan Zahrin untuk berlaku adil dan dia malu untuk berbelanja mewah menggunakan wang ringgit Zahrin walaupun Zahrin mampu. Apabila terbongkar rahsia mereka, Medina membawa diri dan sanggup berpisah dengan Zahrin.

Ikutilah cerita selanjutnya bagaimana Zahrin menangani rajuk Aiza dan Medina.

P/S: Sebenarnya Cik Pah tak puas hati dengan endingnya. Keputusan Aiza menyambung pelajaran ke oversea tidak menyelesaikan masalah. Apa akan berlaku selepas Aiza pulang ke Malaysia? Dah la Zahrin mengambil keputusan berpindah ke Johor bersama Medina. Seolah-olah Medina bolot semuanya. Masa bersama Zahrin, masakan kegemaran (asam pedas Medina vs kari Aiza), hobi, anak-anak yang ditinggalkan. Ya! Medina adalah insan istimewa dihati Zahrin. Keistimewaan yang tidak ada pada Aiza. Sadis dengan kenyataan ini.



* Thanks to Ika Madera yang recommend novel ni masa di PBAKL. Tapi masa tu Cik Pah tak rasa nak beli lagi sbb cerita pasal poligami ni menyeramkan. Dah baca review dari GR members, baru la beli di PBSelangor

View all my reviews

Novel : Mama Mia Shaza

Mama Mia ShazaMama Mia Shaza by Emy Roberto
My rating: 4 of 5 stars

Sometimes separation is the best decision for us, to sit back for a moment and analyze the past behind us. We're not broken, we'll just bend until we can learn to love again.

Mia Shaza anak patung bergerak. Anak yang lahir dari cinta yang disemai Shazwan Imad dan Maya Laila di bumi Sheffield. Namun Shazwan melarikan diri dari tanggungajawab dengan alasan tidak bersedia sebagai papa tatkala usia kandungan baru 4 bulan. Mampukah Shazwan menambat semula hati Maya dan si cilik tatkala adanya saingan dari Uncle Sawi, Shazwi Iman bos tempat Maya bekerja.

Semua yang berlaku adalah disebabkan trauma masa silam dan kejahilan masa lalu. Andai waktu dapat diundur, takkan dia meninggalkan Maya dibumi asing. Lalu usaha dilipat ganda untuk meraih kepercayaan si buah hati. Namun suratan takdir memisahkan mereka kerana hati yang terluka tidak dapat diubati. Masih adakah peluang dan ruang untuk mereka memperbaiki keadaan apabila Maya memilih Shazwi dan Mia Shaza hanya penyebab untuk mereka berurusan.

Komentar Cik Pah.

Pada mulanya Cik Pah sangkakan ER akan tamatkan kisah MMS dengan 2 pasang kekasih. Salah menebak rupanya. Kus semangat. Tapi agak terkilan ada watak yang perlu ditamatkan dengan kematian untuk memberi ruang merpati sejoli memadu kasih dan membentuk keluarga sempurna membesarkan Mia dan bakal adiknya.

Pst! Cik Pah juga berimpian dikurniakan anak patung bergerak aka Mia Shaza versi tepek muka Cik Pah. Ahhh! Membayangkannya sahaja cukup menyeronokkan. Tuhan! Ku pohon dari Mu.

View all my reviews

Novel : Kata Tak Suka

Kata Tak SukaKata Tak Suka by Qaseh Qaisara
My rating: 4 of 5 stars

Kata tak suka

Ini cerita kenen kenen orang tua (Pn Mahani dan Pn Asmah) yang nak menyatukan anak dara teruna mereka. Maka terjadilah adegan main tarik tali Nea - Zafril. Masing2 kata tak suka apabila dipertemukan buat pertama kalinya semasa bercuti di Langkawi. Semuanya lakonan semata-mata hasil pakatan mereka. Zafril dikatakan lelaki membosankan dan Nea dikatakan gedik. Emak emak yang tidak berputus asa ada sahaja rancangan untuk mempertemukan mereka walhal lepas percutian, senyap senyap Nea Zafril berhubung dan bertemu atas tiket berkawan. kadang2 kelakar, kadang2 geram sebab masing2 dok berkias sahaja. Kadang2 Cik Pah pun rasa sama-sama nak nyorok muka, blushing dan kadang2 terseliuh kaki. Erk yang terseliuh kaki tu betul ada dalam cerita. Nea terseliuh kaki masa main tarik tali di kem bina semangat. Yang tak tahannya Luqman ex boyfriend Nea pula yang bersemangat tak bagi Nea balik. Apa hal mamat ni meroyan. Dia yang tinggalkan Nea sebab pilih 'baby' Hanani. Tapi apabila Nea nak move on dan ada pengganti, dia pula tak bagi Nea bahagia. Nasib baik Megat Zafril datang tunjuk hero. Syabas!

Dalam cerita ni, Zafril adalah anak tunggal dan digelar anak emak. Jadi penulis cuba membetulkan persepsi orang tentang anak emak yang dikatakan tidak pandai membuat keputusan sendiri dan selama-lamanya mengikut telunjuk emak. Nyata watak Zafril adalah anak emak yang menghormati emaknya tetapi ada masanya dia ada pendirian sendiri dan mengubah persepsi Nea terhadap Zafril.

Selain Luqman dan Hanani, ada sorang lagi watak antagonis. Wardah sepupu Zafril pernah cuba disatukan dengan Zafril. Tetapi Wardah sendiri menolak peminangan Pn Asmah. Hampir bermasam muka juga 2 keluarga bersaudara. Demi menutup malu, Pn Asmah mengusung Nea balik kampung kononnya Zafril telah ada pengganti. Lain yang diharap lain pula jadinya. Wardah pula terkejar kejar Zafril dan cuba menjadi batu api apabila menyampah dengan aksi gedik Nea. Nasib baik Pn Asmah dah berkenan dengan Nea. Jadinya tidak ada banyak cabaran sangat jika nak satukan Nea Zafril kecuali perasaan malu teruna dara yang tidak mahu mengaku ada perasaan antara satu sama lain. Kata tak suka tapi dalam hati ada lori bawa bunga.

Ok. Akhirnya mereka selamat diijab kabulkan setelah masing2 penat berlakon dan lakonan Pn Asmah dihidu Zafril. Tapi ceritanya tak berakhir lagi dengan 'merekapun hidup aman damai' . Ada lagi cabaran selepas berkahwin dengan anak tunggal dan anak emak di samping Luqman yang bagai gila talak.

Satu watak yang tak kurang pentingnya. Cik Pah suka dengan watak Linda kawan Nea yang sering mendampingi Nea sewaktu susah senang. Bukan setakat itu sahaja, watak Linda pun kadang2 jadi jurucakap bagi pihak pembaca dalam keadaan2 tertentu. hehe.

Sikit saja yang kurang pasal novel ni. Banyak ejaan salah. Tapi tak kisah la. Pandai2 la betulkan sendiri. Ada masanya boleh dibuat ketawa. Bayangkan boleh jadi bayingkan. Cik Pah pun kadang2 salah taip. Dari sekian jadi sekain hehe.

Ingat! Cerita ini adalah hiburan semata-mata. Kadar sporting ibu bapa mesti ada hadnya.

PS: lepas ni nak try cari semua novel QQ

View all my reviews

Novel : Nota Cinta Buatmu

Nota Cinta BuatmuNota Cinta Buatmu by Norhayati Berahim
My rating: 4 of 5 stars

Ceritanya best bangat, diawal cerita kusangkakan semuanya berkisar di Bandung. Nasib baik bapak Graham hanya berada di sana buat seketika dan dipanggil balik ke Sarawak sebelum mendapat arahan berpindah ke Kuala Lumpur dan berjiran dengan janda muda yang cantik.

Baik hati, cantik, tabah, ikhlas, cool, menghormati orang lain dan berpegang kuat pada agama itulah seorang wanita bernama Johanna. Perkahwinannya musnah pabila Dhirran menduakannya. Pilu hatinya bila suami sanggup mendedahkan aibnya depan madu Nora dan emak bapa Nora. Memang ada lelaki yang bermulut jahat macam ni. Keburukan Ana disenaraikan berjela-jela sampai tak nampak segala kebaikan. Sedangkan Dhirran sendiri tidak sesempurna manapun menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan papa kepada Aiman. Semua hal rumahtangga diuruskan sendiri oleh Ana tanpa mengeluh dan mengira wang dan lelah. Setelah 2 tahun berpisah , Dhirran mula terkenang kebaikan Ana dan mula membanding-bandingkan Nora dan Ana. Aiman dijadikan alasan untuk Dhirran sering menghubungi Ana sampai naik lemas nak layan panggilan telefon setiap hari. Keburukan Nora pula dijaja Dhirran tapi Ana pula dah jadi macam konsultan rumahtangga Dhirran. Sabar je lah.

Hubungan Graham dan Ana pula bertambah baik. Apatah lagi Aiman mula rapat dan berharap Graham menjadi ayahnya. Tapi apakan daya, Graham tidak percaya kepada agama dan menganggap perkahwinan menyusahkan. Namun saat mengetahui Ana akan berkahwin semula dengan Dhirran, hati Graham luluh dan dia meninggalkan nota cinta buat Ana. Sebenarnya perkahwinan yang dirancang Ana hanyalah drama semata-mata demi untuk menyedarkan Dhirran. Dhirran ditinggalkan terkulat-kulat semasa majlis akad nikah hampir berlangsung selepas Ana meluahkan semua rasa yang terpendam dihatinya depan semua orang. Memang dramatik sungguh!

Ana yang menyedari dia tidak bertepuk sebelah tangan mengejar Graham di Bandung. Hidayah Allah telah membuka pintu hati Graham memeluk Islam. Dengan bantuan supir Pak Yayan, Graham memeluk Islam di Masjid Darul Falah dan menemui cinta hatinya semula. Bukan setakat Ana pandai berdrama, drama Graham tak kurang menariknya. Ana diajak ke masjid tanpa tahu hal sebenar dan sedar-sedar dia dah sah menjadi isteri Graham.

"Graham tahu tak ada peribahasa Melayu mengatakan, jangan ikut lalang.. angin bertiup ke kiri dia ke kiri, angin bertiup ke kanan dia ke kanan. Bagi Ana lain. Lalang walau dia terpaksa mengikut arus angin, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan namun akarnya tetap kuat. Tidak rebah ke bumi. Bagi Ana, apa pun yang berlaku walau terpaksa menongkah angin,jika kehidupan kita ada asas dan akar yang kuat, pegangan yang kuat, kita akan selamat. Insya-ALLAH".



View all my reviews

Novel : ...Hujan Pun Menari

...Hujan Pun Menari...Hujan Pun Menari by Norhayati Berahim
My rating: 5 of 5 stars

Best sangat citer ni, semua rasa ada. Rasa kagum dengan sifat Cikgu Ara yang redha dimadukan dan berdikari mendidik 5 orang anak dgn penuh kasih sayang. Rasa nak lempang je ustazah Aminah madu Cikgu Ara yang selalu tengking Ustaz Jalil, serang Cikgu Ara, tak malu makan duit anak yatim dan tak malu duduk rumah harta sepencarian Cikgu Ara dgn Ustaz Jalil. Rasa sedih dgn Ustaz Jalil yang tak berjaya mendidik Ustazah Aminah menjadi isteri solehah dan akhirnya meninggal dunia semasa nekad pulang ke rumah Cikgu Ara. Rasa sakit hati dengan Tuminah yang selalu cakap kasar/ fitnah Muna. Rasa simpati dengan Dol Azmi yang simpan perasaan pada Muna sejak tingkatan 3 tapi terpaksa kahwin dgn Tuminah disebabkan sihir. Rasa menyampah dengan Danial anak angkat paklang maklang Muna yang tak sedar diri dan tak sedar diuntung nak bolot harta. Rasa bersyukur paklang maklang Muna sayangkan Cikgu Ara anak beranak dan support mereka sekeluarga. Rasa berdebar-debar bila Qurban bagitau nak kahwin dengan kawan sepejabatnya Siti. Rasa teraniaya bila Qurban kena fitnah hamilkan Siti dan ajakan kahwin Siti tu hanya untuk jadikan dia pak sanggup. Rasa lega bila Muna putuskan pertunangan dengan Danial dan berkahwin dengan Qurban. Rasa lapar bila Cikgu Ara dan Muna masak macam2 masakan dan kuih muih hehe

Selain rasa2 yang dapat, baca buku ni dapat :
1. ilmu rumah tangga
2. cara didik anak dengan baik
3. peranan ibu bapa , mertua, ipar duai, anak, kawan
4. adap berkawan/bersahabat
5. tanggungjawab jiran tetangga
6. bidang perkapalan / perniagaan / somalia
7. kesedaran tentang usaha Yahudi yang cuba menghancurkan Islam dengan mengahwini anak gadis Islam yang bijak pandai
8. dll


View all my reviews

Novel : 'Skandalous' Ika: Cinta Berani Mati

'Skandalous' Ika: Cinta Berani Mati'Skandalous' Ika: Cinta Berani Mati by Haswida Abu Bakar
My rating: 4 of 5 stars

Aci kan baca epilog dulu hehe

Tajuknya pun dah menceritakan segalanya pasal Ika yang menempah hidup kesenangan bercinta dengan suami orang yang kaya raya. Watak begini ramai yang tak sanggup nak angkat kerana bukan watak favorite. Tetapi pada Cik Pah, penulis HAB berjaya menghidupkan watak Ika yang ilmu agama penuh didada tetapi kabur mata diulit nikmat dunia. Materialistik sungguh. Memilih jalan singkat untuk hidup senang setelah lelah dengan kemiskinan. Mohon jauhkan keturunan kita daripada penyakit ni.

Ika anak nelayan yang berjaya menjejakkan kaki ke luar negara. Matlamat asalnya, belajar bersungguh-sungguh seterusnya pulang bekerja untuk mengumpul duit. Apabila kawan2 mengajaknya bercuti menjelajah bumi Eropah, dia lebih suka memerap dibilik kerana kekangan duit. Apabila Zila dan Rayyan pasangan yang telah berkahwin mengupah dia menjaga anak kembar mereka, Ika tidak menolak. Bermula sejak itu, Ika akan menjadi pengasuh anak kembar Zila apabila Zila terpaksa bertugas diluar daerah. Dari situlah bermulanya detik2 Ika menjalin hubungan sulit (masih dalam terjaga adab hubungan lelaki perempuan) dengan Rayyan apatah lagi hatinya dikecewakan Idil, orang kuat usrah. Idil, teman lelaki sejak sekolah menokhtahkan hubungan cinta mereka disebabkan Idil taknak ada hubungan sebelum diijab kabul.

Ikutilah cerita ini. Nak review lebih2 tak mampu sbb Cik Pah cukup tak berkenan dengan Ika. Cumanya Cik Pah terfikir, apa peranan kita andai ada kawan atau adik atau saudara mara kita terkena penyakit Ika.



View all my reviews

Tuesday 3 September 2013

Novel : Ya Maulana

Ya MaulanaYa Maulana by Hana Ilhami
My rating: 5 of 5 stars

Semua orang pakat kata cheghita ni baguih. Mmg baguih pun. Lagi baguih kalau masuk telebesen (hehe pinjam sat perkataan Mak Munah). Ahaks, disebabkan novel ni berlatar belakang Pulau Sayak dan byk dialog dlm loghat kedah jadinya Cik Pah akan review dalam loghat Kedah juga.

Tunggu sat noh, tak habis baca lagi. Biaq Cik Pah perabih dulu naaaa

----------------@@@@@@@--------------------

Ok dah habis baca dah. Best sangat cerita ni. Banyak pengisian dan pengajaran. Cerita seorang maulana yang bernama Iqbal mempertahankan rumah anak yatim Darul Ulum daripada dipindahkan jauh dari laut untuk pembangunan hotel. Iqbal dalam dilema antara menolong papanya Datuk Salam yang hampir muflis atau anak yatim yang telah lama tinggal di tapak asal tanah pusaka datuknya. Walaupun papa tidak pernah membela dan mencurah kasih sayang, Iqbal masih kasih pada papa. Iqbal hanya menumpang kasih pakngahnya Pak Harun. Sebenaqnya ada kisah silam antara papa dan pakngah. Ibu Iqbal adalah kekasih Pak Harun tetapi dicaras abangnya,Datuk Salam. Apabila Fatehana meninggal dunia, Iqbal ditatang dan menjadi anak susuan isteri Pak Harun. Dan cerita ini akan berulang kembali kepada Iqbal dan adiknya Rafiqi.

Untuk memujuk Iqbal memindahkan Darul Ulum, Adra Liyana(Rara) anak Tan Sri Hanif ditugaskan untuk berbincang dengan Iqbal. Dah la masuk kampung, masuk pulak kawasan tahfiz, tapi mak ai, pakaian seksi meksi tak hengat. Bincang cara elok tak jalan, Rafiqi kekasih hati Rara merangkap anak Datuk Salam dengan Datin Zara buat rancangan nak perangkap abangnya Iqbal. Rancang yang lain, yang lain pulak yang jadi sebab ada pihak ketiga yang tambah rencah. Jatuh air muka seorang maulana apabila Iqbal ditangkap basah dengan Rara. Antara keluaq daripada Pulau Sayak iaitu harapan Pak Abu bendahari masjid yang tak sukakan Iqbal atau Iqbal perlu berkahwin dengan Rara. Pak Abu ni alkisahnya sakit hati dengan Iqbal sebab Iqbal teguq dia supaya berkahwin dengan janda Esah bila nampak depa bermukah. Akhirnya lepas bermujahadah dan beristiqarah, Iqbal pilih untuk berkahwin dengan Cik Adra.

Bagi pihak Adra pula dia terpaksa kahwin juga dengan Iqbal sbb nak bantu daddy. Konon bertaruh dengan kawan baiknya Juita nak terbangkan serban Iqbal. Mmg betoipun terbang serban Iqbal lepas ijab kabul hinggap ke kepala Adra. Amek hang. Pakai baju pengantin bertudungkan kain serban. Keh keh.

Cik Pah suka cara Iqbal mendidik bini dia. Perkara utama lepas berkahwin, dia jaga aurat bini dia. Lepas tu check solat bini. Perbetoikan cara solat dan bacaan. Walaupun Rara berkasaq, Iqbal masih boleh tersenyum dan kadang-kadang melawak dengan bini dia yang masih keanak-anakan dan manja.

Bukan senang oi nak didik anak dara Tan Sri Hanif ni. Ketegaq sungguh.
Ada dua cara dakwah iaitu cara taghrib atau tarhib. Tetapi untuk Adra Iqbal gunakan cara taghrib untuk pujuk bini dia yang ketegaq tak mau pakai tudung. Iqbal tau, dengan dia sahaja Adra pakai tudung kalau keluaq rumah, time dia tak dak, selamba ja Adra pi jogging kat pantai tanpa tudung dan kadang2 pakai seluaq bermuda tshirt ketat. Kesian kat Iqbal nak tepis sidir2 orang kampung tak boleh didik isteri, dah la berita depa kahwin sbb tangkap basah Pak Abu canang satu kampung. Lama2 orang kampung tak mau dah Iqbal mengajaq dan memberi tazkirah kat masjid.


Dah la tertekan dengan orang kampung, ada juga budak2 tahfiz yang berhenti sbb tak mau bergurukan Iqbal. Masalah pemindahan Darul Ulum pun tak selesai lagi. Akhirnya Iqbal mengambil keputusan nak pi dakwah ke Zurich.

Rafiqi pula memang tak dak hati dengan Rara, lepas tangan dan berlapang dada dapat lepaskan diri daripada berkahwin dengan Rara. Namun Allah pautkan hati dia dengan Sumayyah, gadis berniqab merangkap sepupu dia anak Pak Harun , adik susuan Iqbal. Gadis bermata hazel ini pandai menulis sajak syair. Melalui diari yang tertinggal, Rafiqi berubah tingkah dan insaf.

Masih banyak konflik yang berlaku sebelum sampai titik bahagia. Apa yang berlaku kat Darul Ulum? Pak Abu yang banyak dosa dengan orang kampung dan Iqbal, apa pengakhirannya? Siapa dalang yang memerangkap Iqbal dan Rara. Ikutilah cerita mereka pasangan bluetooth USB(Iqbal Rara) dan pasangan bulan bintang (Rafiqi Sumayyah) dalam Ya Maulana. Best!

View all my reviews